Thursday, February 24, 2011

Ayam paprik

Semalam, ambil ijoi dari sekolah agama, masuk aja dia dalam kereta, terus tanya "mama, masak apa malam ni??" itulah soalan biasa dia bila masuk dalam kereta ja.. dengan spontan aku jawab "ayam paprik", dia jawab "ok tu, ikan patin ada lagi tak mama, kalau ada buat ikan patin goreng dengan ayam paprik" aku jawab ringkas "ok la" dalam kepala terfikir aku ni nak masak ayam paprik sayurnya tak ada, tak payah campur sayur la memada dengan perencah cukuplah.

bahan-bahan

ayam dipotong kecil
serai (titik)
daun limau purut
bawang besar (hiris)
halia (hiris)
bawang putih (hiris)
cili sos
tomato sos
sos tiram
sos ikan
kicap manis
sayur tambahan (tomato, putik jagung, karot) - terpulangla

cara-cara
goreng ayam dengan minyak sedikit sehingga ayam masak, masukkan semua jenis sayur, serai, halia, bawang besar, bawang putih, daun limau purut. Kacau sehingga bahan-bahan tu layu, masukkan semua jenis sos dan kacau sehingga mendidih dan masak. ok dah siap, kalau terlalu pekat boleh ditambah sedikit air... (sorry tak sempat nak snap gambar)

pagi tadi, tengok ada lagi lebihan nasi dan ayam paprik ni, apa lagi goreng la dengan nasi dan jadilah nasi goreng ayam paprik, tersenyum aja en.mus bawak bekal pagi tadi.


Wednesday, February 23, 2011

Bangi Kopitiam

Semalam, ijoi teringin nak makan kat Bangi Kopitiam, apa lagila layan je lah... kebetulan restoran tu baru bukak, dekat rumah pulak tu, memang sesuai... hajat hati malam tu nak masak ayam paprik terus tak jadi, elok juga dia berhajat kat kopitiam tu bolehla mak dia rehat.

Sampai sana ijoi order nasi putih ayam masak merah air sprite, adik order meehoon sup air soya, mama order nasi lemak sambal sotong air barli panas, angah bungkus kuey tiau goreng dan si ayah order mee goreng foo chook dan air kopi o panas, lepas tu adik tambah lagi kentang goreng.
Bila sampai je makanan yang diorder, si ayah seperti biasa menjadi tester, habis dirasanya semua makanan dan bagi markah. Nak tau dia bagi markah berapa??? 2/10!!! hissss failed, dia kata "apa rasa makanan ni, entah hapa-hapa memang susah nak dapat makanan sedap area KL ni, dah lah tak sedap tak puas pulak tu, macam tak kenyang je..." terkedu aku, rasa bersalah lah pulak makan kat luar ni. Tekak dia ni memang cerewetla... tau nak makan sedap je... lepas bayar muka dia muncung je... aku tanya "berapa kena?" dia jawab dengan nada perlahan "RM66".

Tak pelah ijoi punya pasal, nanti besok aku masak lah ayam paprik tu. Nanti aku tuliskan resipi ayam paprik ya...


Tuesday, February 22, 2011

Masak Tempoyak ikan patin

Semalam aku puasa, balik rumah je memang teringin sangat nak makan tempoyak ikan patin, apa lagi ikan patin ada dua ekor dalam fridge, diberi oleh abg zul, terima kasih abg zul yang tak terhingga, apa lagi berbuka dengan ikan patin goreng, masak tempoyak dan telur dadar aje, dua pinggan aku makan, ingat nak diet tapi ikan patin dan puasa punya pasal hilang diet aku.

Resipi

1. kunyit hidup
2. cili api
3. bawang besar
4. bawang putih
5. tempoyak (mesti)
6. daun kesum
7. garam
8. ikan patin (mesti)
9. terung (suka hati nak letak sayur apa pun janji sesuai)

Cara :

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk, masukkan air, biarkan sehingga mendidih, tambah garam ikut rasa. Kacau sekali sekal supaya tempoyak jangan berketul, ada juga orang blend tempoyak dengan air supaya dia tak berketul, aku semalam lebur je... masak makan aja memang senag giler...