Monday, May 29, 2017

Kari udang galah berkerisek

Minggu lepas balik kampung, pi pekan sari Temerloh, niat di hati nak cari ikan patin.  Tiba-tiba nampak pulak adik ni jual udang galah, bila ditanya udang galah dari mana, dia jawab dari Rompinok terus ambil dua pinggan RM55.00.  Beratnya dalam sekilo setengah.  Banyaklah jugak dalam 35 ekor bersaiz sedang.  Dah nampak dah nak masak apa - antara masak lemak cili api, masak kari atau tom yam.  Akhirnya encik suami bagi arahan buat masak kari berkerisek berencahkan kacang bendi dari kebun belakang rumah.

Bahan:

1 kilo udang galah
1 kotak santan - saya pakai brand kara - tuang dalam mangkuk, masukkan air dalam kotak, kacau untuk mendapatkan santan cair
3 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar kerisek - saya beli yang dah siap paket
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
6 biji kacang bendi - kalau tak ada gantikan dengan perencah lain
daun kari
garam

Cara:
1.  Bersihkan udang
2.  Halia, bawang besar dan bawan putih di hiris nipis
3.  Rempah kari dibancuh dengan air
4.  Tumiskan halia, daun kari, bawang besar dan bawang putih -sampai naik bau
5.  Masukkan rempah kari - kacau sampai garing
6.  Masukkan santan cair dan kerisek - tunggu sampai mendidih
7.  Masukkan udang, bendi dan garam serta santan pekat
8.  Tunggu sampai udang dan bendi masak.
9.  Dah siap



Wednesday, May 24, 2017

Masak lemak cili api telur ikan dan pegaga


dah lama tengok pegaga belakang rumah tu menjalar mintak ditebas.  Apa lagi masak lemaklah kita hari ni, tengok ada telur ikan pulak tu memang sesuai benar.  Bebudak tak suka telur ikan so kita masakkan dia ikan bawal masak masam manis, ayah dia pulak, kita gorengkan ikan sepat perkasam import dari Perlis, perahkan limau kasturi dan taburkan cili api.  Memang selera ...

Telur Ikan Masak Lemak Cili Api dengan Pegaga

1.  cili api - ikut suka
2.  kunyit hidup - ikut suka, kalau saya suka lebih sikit
3.  santan - nak sedap santan fresh - saya guna santan kotak cap ayam
4.  garam
5.  telur ikan - gantikan dengan ikan/ayam/daging pun boleh

Cara:
1.  Kisar kunyit hidup dengan cili api
2.  Masukkan dalam periuk, masukkan santan dan garam
3.  Masukkan daun pegaga, biarkan mendidih
4.  Masukkan telur ikan
5.  Kacau sehingga telur ikan masak, dah sudah
6.  Kalau ayam/daging - masakkan ayam/daging dengan cili api dan kunyit kisar sehingga kering air barulah masukkan santan dan pegaga
-- ada orang bubuh asam keping, tapi saya tak suka

Resepi Ikan Bawal Masam Manis ada kat sini

Mempizzakan roti


Nak buat pizza malas nak uli tepung, tengok ada roti, okla boleh jer janji cepat dan sedap.

Bahan

12 keping roti
1 botol sos spaghetti - yang ada kat rumah cambell - bolehlah janji sos
6 keping cheese keping tu, klu tak ada - saya pakai cheddar dan mozarella
6 keping salami, kalau tak ada daging / ayam hancur pun boleh
1 biji capsicum potong dadu- gantikan dengan cili merah pun boleh tapi jangan banyak nanti pedas
1 biji bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
5 biji telur

Cara
1.  kalau guna daging hancur - masakkan dulu daging / ayam dalam pan - taburkan sedikit garam dan lada hitam
2.  kalau guna salami - masakkan salami atas pan - kalau tak nak masak pun boleh sbb salami memang dah masak
3.  celupkan roti ke dalam telur dan masakkan atas pan
4.  6 keping roti yang telah masak tadi susun dalam loyang
5.  sapukan sos spaghetti sehingga rata
6.  taburkan daging/ayam hancur atau susun salami / peperoni
7.  taburkan bawang/tomato/capsicum
8.  letakkan cheese keping/mozarella/cheddar
9.  susun lebihan roti 6 keping tadi
10.  curahkan lebihan telur
11.  taburkan cheese mozarella/cheddar/keping
12.  bakar selama 15 minit atau sehingga cheese cair - yang lain tu semua dah masak kan

itu sahaja, sebenarnya ia terpulang kepada kita nak letak apa apa pun.  kebetulan ada salami letak salami kalau tak ada terpulanglah, kita yang buat dia.

Selamat mencuba