Friday, June 2, 2017

Daging Dendeng segera (tanpa rebus dan tumbuk)


Orang kata nak buat daging ni leceh dan susah.  Ahlhamdulillah saya dapat resepi ni dari facebook dan saya modify sikit supaya lebih cepat dan mudah.  Semalam baru buat untuk berbuka puasa, memang cepat.  Sempatlah buat berbuka puasa kalau mula ke dapur pukul 6.00.  almaklumlah orang bekerja tak bolehlah nak mula ke dapur lepas asar.  

Bahan:

1.  1/2 kilo daging - cuba dapatkan daging australia sebab daging ni lembut
2.  2 biji bawang besar - hiris - lagi banyak bawang lagi sedap
3.  5 ulas bawang putih - hiris
4.  1 inci halia - hiris
5.  2 helai daun limau purut - hiris 
6.  2 batang serai - kalau nak cepat mesin je, kalau rajin tumbuk, kalau nak cepat lagi ketuk je...
7.  2 sudu besar air asam jawa
8.  rempah penumis - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga - agak agak banyak mana
9.  kicap manis
10.  garam dan gula
11.  cili mesin

Cara:
1.  hiris daging nipis-nipis, perapkan dalam kicap manis dalam 15 minit, kalau tak nak perap pun tak pe, kata nak cepat kan....
2.  goreng daging tadi sampai garing dan toskan, ketepikan.
3.  goreng rempah penumis, bawang besar,bawang putih dan halia yang telah dihiris tadi, goreng hingga garing dan toskan dan ketepikan.  Lepas tu tumbuk sampai lumat.
4.  Tumiskan cili kering mesin, serai dan daun limau purut hingga cili betul-betul masak.  Masukkan gula dan garam.  Masukkan air asam jawa, kalau nak cepat lagi tuang cuka pun boleh gak.  Kacau sampai rata, masukkan lebihan kicap yang kita perap daging tadi.  Kacau sampai sebati.
5.  Masukkan daging yang telah digoreng, kacau sampai rata
6.  Akhirnya masukkan rempah penumis, bawang dan halia yang telah digoreng dan ditumbuk tadi, kacau sehingga sebati.
7.  siap.